Thursday, 28 March 2013

Menyambung cerita

           Suasana pada malam ini sangat hening.Aku tinggal bersama-sama adikku di rumah.Ibu dan ayah menziarahi nenek yang sedang sakit di hospital.Guruh berbunyi menandakan hujan akan turun.Tiba-tiba.....
                                         Sambungkan cerita dari tiba-tiba.....


          Tiba-tiba bekalan elektrik terputus.Aku dan adikku Aqiff berasa ketakutan.Aku dan adikku bersama-sama mencari lilin.Semasa mencari lilin aku terdengar suatu suara di dapur.Aku dan adikku berasa sangat takut.Sebenarnya,itu merupakan suara kucing.Adikku gelakkan aku kerana aku tidak seperti budak dewasa.

         Akhirnya,kami berjaya mencari lilin itu.Selepas itu,aku dan adikku menyalakan lilin.Aku dan adikku tidak lagi dalam ketakutan tetapi selepas aku dan adikku menyalakan lilin,aku dan adikku ternampak seorang yang berpakaian hitam dan topeng sedang memanjat pagar rumah jiran aku.

         Selepas aku ternampak orang itu,aku cepat-cepat menelefon jiran aku itu.Aku bertanya padanya bahawa rumahnya dimasuki pencuri.Dia pun memberitahu ibu bapanya supaya menelefom polis.Ibu bapanya segera menelefon polis.Jiran aku mengucapkan terima kasih atas bantuan itu.

         Aku berasa gembira apabila aku dapat menolong jiran aku.Selepas kejadian itu aku terdengar suatu ketukan di pintu rumah.Aku pergi bersama adikku untuk melihat di tingkap siapakah itu.Aku dan adikku tidak nampak sesiapa pun di luar.Bulu roma aku naik kerana ketakutan.Aku pun terus keluar dengan membawa payung untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu.Rupa-rupanya ibu dan ayah yang mengetuk pintu.

         Akhir sekali,ibu dan bapa aku sangat gembira dan bangga kerana aku sudah jadi seorang murid yang bertanggungjawab dan bersikap baik hati .




                                                             TAMAT
              TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA CERITA INI :)

No comments:

Post a Comment