Wednesday, 20 November 2013

Cuti sekolah

Korang rasa cuti sekolah memang best tapi mula mula memang rasa best tapi lama lama tak best sbb tak melancong ke mana mana:-(

Monday, 8 July 2013

HARI SABTU KELMARIN,SEPUPU DTNG UMAH NAMA DIA SEHA N ALISHA TAPI MASA TU AQ TAK DE KELUAR DENGAN MAK TOK AQ.SEHA SEPUPU AQ,DH BUKA KASUT TAU LEPAS TU ADIK AQ AMMAR ADA DIA PUN BUKA ,LEPAS TU SEPUPU AQ INGATKAN AMMAR NAK BAGI DIA MASUK TAPI AMMAR TUTUP PINTU KUNCI SIANNYE SEPUPU AQ ..HMM DH MINTA MAAF NGAN MAK DIA AND SHE FORGIVE ME....                        SIANNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..........HMMM...

Friday, 29 March 2013

Simpulan bahasa

1.Anak Emas :Anak yang disayangi ibu bapa atau ketuanya.
DIOLAG
Boboy :Siap pasang BODYGUARD lagi untuk jaga Boboy.Melampau la daddy ni...Sob...sob...

2.Anak angkat:Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.
DIOLAG
Arnab:Boleh percaya ke beruang ni anak dia?
Angsa:Dia anak angkat saya la.Umur baru 10 tahun.
Beruang:Takpelah,Daddy.Dia tak percaya la.

3.Ikat Perut:Menahan lapar kerana berjimat.
DIOLAG
Bapa ayam:Man..takkan makan keropok je?
Anak ayam:Tengah kumpul duit nak beli hadiah untuk ayah.

4.Kepala Batu:Tidak suka mendengar nasihat.
DIOLAG
Emak ikan:Ingat ye anak - anak,kalau jumpa makanan yang ada mata kail,jangan makan tau.Nanti kita yang jadi makanan.
Kakak ikan:Erkk?Boboy tengah buat apa tu.
Gambar menunjukkan bahawa Boboy makan makanan yang ada mata kail hihihihih....
1.Kakak menyiang ikan merah yang baru dibeli dai pasar dengan sebilah pisau yang tajam.
2.Emak menggoreng sayur sawi yang segar untuk hidangan makan malam.
3.Siew Ling mengupas bawang dengan berhati-hati agar tangannya tidak tercedera.
4.Abang menggunakan kain buruk untuk mengelap meja makan supaya kelihatan bersih.
5.Tong Heng mencuci pinggan mangkuk dengan cecair pencuci mangkuk yang berjenama Sunlight.

Lima ayat



Bina lima ayat daripada gambar di atas.

1.Amir berbual-bual dengan kawanya ketika mereka berjoging.
2.Beberapa orang gadis sedang berbual-bual di taman.
3.Singh menggelongsor ari papan gelongsor sambil mendepangkan tangannya.
4.Azlia dan kawannya memegang rantai buaian ketika duduk di buaian.
5.Amin menaiki tangga papan gelongsor kerana hendak bermain papan gelongsor.

Lima ayat.

 Bina lima ayat daripada gambar di atas.

1. Aiman dan adik-adiknya sedang bermain bola baling ketika berkelah di tepi pantai.
2.Seorang budak lelaki sedang berlari untuk menaikkan layang-layangnya.
3.Peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik perhatian orang ramai.
4.Puan Rani sekeluarga sedang makan tengah hari di bawah sebatang pokok yang rendang.
5.Amirul dan adiknya membina istana pasir dengan menggunakan sebuah baldi.

Thursday, 28 March 2013

DIRI SAYA

                      Nama saya Nur Ain Adriana binti Zulfiqar.Saya mempunyai keluarga yang bahagia.Ahli keluarga saya terdiri daripada ibu,bapa,adik dan saya.

                      Bapa saya bernama Zulfiqar bin Mohamad.Beliau berumur 39 tahun.Beliau bekerja sebagai seorang arkitek.Beliau bekerja di Mutiara Reka,Setiawangsa SDN.BHD.Beliau bertugas  dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.30 petang.Bapa saya seorang yang baik hati dan peramah.Beliau suka membantu orang yang berada dalam kesusahan.

                     Ibu saya bernama Zuraidah binti Zakaria.Beliau berumur 36 tahun.Beliau bekerja sebagai seorang pegawai tadbir.Beliau bekerja di Perkeso,Ampang Kuala Lumpur.Beliau bertugas dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 7.00 malam.Ibu saya seorang yang penyayang.\

                     Saya mempunyai dua adik - beradik lelaki.Adik lelaki yang pertama bernama Muhammad Ammar Danial bin Zulfiqar.Dia berumur 7 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur.Dia seorang yang peramah.


                      Afik saya yang kedua pula bernama Muhammad Aqiff Danial.Dia berumur 4 tahun.Dia bersekolah di Taska Cahaya Hati ,Ukay Perdana 4.Dia seorang yang comel.


                    Akhir sekali , saya berharap keluarga ini akan menjadi bahagia hingga ke akhir hayat.